RM59 · buku digital + 1 softcover bercetak + RM8 pos

Anak anda,wira ceritanya.Kenangan selamanya.
Cipta buku cerita Bahasa Melayu dengan anak anda sebagai watak utama.
Hadiah kecil, penuh makna.

Kecil namanya.
Besar maknanya.
- Kulit buku
khas - 13 halaman
ilustrasi - Teks disemak
oleh anda

TAK PERLU PANDAI MENULIS
Anda cerita sikit,
kami siapkan satu buku
- 1
Ceritakan pasal si kecil
Nama, umur, apa yang dia minat. Tak tahu nak mula dari mana? Pilih je idea cerita yang dah siap.
Dua minit je · belum bayar apa-apa
- 2
Baca cerita dulu, baru halaman dilukis
Lepas bayar, pilih gaya lukisan kegemaran. Tengok watak dan baca setiap ayat dulu. Tak berkenan? Minta tulis semula, dua kali percuma.
Halaman hanya dilukis bila anda dah setuju
- 3
Buku siap, tengok dia senyum
Kulit dan 13 halaman bergambar, tersimpan dalam akaun anda. Baca di telefon, atau hantar terus pada atuk dan nenek.
Baca di mana-mana, bila-bila
DIBINA DENGAN TEKNOLOGI AI
AI bantu kami tulis dan lukis. Anda yang semak dan setuju setiap ayat.
HASIL KERJA KAMI
Contoh buku yang kami dah siapkan
Setiap satu dalam gaya lukisan lain, dari stop-motion sampai adiwira. Gaya untuk buku anak, anda pilih sendiri nanti.
Anak anda jadi watak utama, macam Ameena dalam buku dia. Tekan mana-mana buku dan selak sampai habis, sama macam buku yang anak anda dapat nanti.
Nak satu untuk anak saya
Bukan sekadar
tukar nama.
Cerita ikut minat anak
Angkasa, haiwan atau dunia pilihannya — idea anda membentuk pengembaraan.
Nilai yang dekat di hati
Berani, prihatin atau yakin diri. Pilih nilai yang anda mahu sampaikan melalui cerita.
Anda tetap pegang keputusan
Semak watak dan teks dahulu. Ilustrasi hanya dijana selepas anda sahkan cerita.
Daripada foto anak,
ke dunia ceritanya.
Watak yang ada iras anak anda jadi hero sepanjang buku, bukan namanya sahaja.

Ada iras, tapi bukan sebiji macam foto.
Watak buku cerita memang lagi comel bila dilukis, bukan disalin.
Foto tak wajib. Anda tengok watak dulu sebelum buku dilukis.
Kedua-dua imej contoh dijana AI, bukan foto pelanggan atau hasil sebenar CeritaSaya.

WATAK TAMBAHAN
Ajak adik, Atuk,
atau Oyen sekali
Selain anak anda, boleh tambah sampai 2 watak lagi dalam cerita yang sama. Tiada caj tambahan.
- Adik-beradikAbang dan adik sama-sama masuk cerita.
- Mak, ayah, atuk, nenekOrang dewasa pun boleh ikut sekali.
- Kawan baik atau kucingDanish dari tadika, atau si Oyen.
Tulis nama dan siapa mereka. Lepas bayar, upload foto atau ceritakan je rupa mereka.
IDEA UNTUK CERITA ANAK
Nak buat cerita
tentang apa?

Hari jadi
Hadiah cerita yang dia jadi hero.

Masuk sekolah
Cerita tentang hari pertama sekolah.

Adik baru
Dia dah jadi abang atau kakak.

Hari Raya
Cerita dia balik kampung beraya.

Belajar berani
Bila takut gelap atau jumpa doktor.

Idea sendiri
Buat cerita tentang apa dia suka.
…dan banyak lagi.Cuti sekolah, pindah rumah, masuk hospital, apa-apa je yang dia lalui.
DARI SKRIN KE RAK BUKU
Baca di telefon,
buku cetak sampai ke rumah
Siap je, terus boleh baca dan WhatsApp kat nenek. Tak payah download apa-apa. Lepas anda semak, buku cetak (1 softcover) kami pos ke rumah dalam 5–7 hari bekerja.
- Setiap buku: digital + 1 softcover
- Nak lebih: tambah masa bayar
Gambar ialah contoh gaya, bukan pelanggan sebenar. Setiap buku dilukis khas untuk anak anda.
HARGA
Buku digital,
siap buku cetak
RM59 dapat buku digital dan 1 softcover bercetak (+ RM8 pos). Tengok idea cerita dulu, baru bayar.

- Buku digital, 13 halaman + kulitBaca di telefon, kongsi link dengan famili.
- 1 buku cetak softcover21 × 21 cm, kulit lembut. Sesuai untuk banyak naskhah.
- Pos RM8 seluruh MalaysiaSekali je untuk satu bayaran.
Tengok idea cerita dulu, baru bayar.
Setiap buku dapat semua ni
Semua dalam RM59. Cuma tambah pos.
- Buku digital, kongsi dengan famili13 halaman + kulit
- 1 buku cetak softcover, dipos ke rumah21 × 21 cm
- Lukis semula watak kalau kurang iras2 kali percuma
- Tulis semula cerita2 kali percuma
- Lukis semula gambar yang tak kena3 kali percuma
- Ubah ayat ikut suka andaTak terhad
Buku cetak dipos ke rumah lepas buku digital siap.
- Foto anak selamat dengan kamiFoto tak wajib. Kalau guna, kami padam lepas buku siap.
- Bayar sekali jeTiada langganan. Cerita lebih tak ada tarikh luput, bina bila-bila.
- Simpan dan baca selamanyaBuku digital kekal dalam akaun anda. Tak hilang, tak koyak.


JAMINAN 7 HARI
AI tulis dan lukis,
anda yang tentukan.
AI tulis cerita 13 halaman dan lukis rupa watak dulu. Anda baca, ubah kalau perlu, dan setuju. Lepas tu baru semua halaman dilukis. Ada yang tersasar? Boleh buat semula beberapa kali, percuma. Kalau masih tak menjadi, ada jaminan 7 hari.
- 1Tengok watak dan ceritaRupa watak dan setiap ayat, anda tengok dulu sebelum halaman dilukis.
- 2Ada silap? Buat semulaPercuma: cerita 2 kali, watak 2 kali, gambar halaman 3 kali.
- 3Masih tak puas hati?Beritahu kami, paling lewat 7 hari lepas buku siap. Kami cuba bantu dulu. Kalau tak selesai, kami refund buku tu. Terma Jaminan 7 Hari
Tengok idea cerita dulu, baru bayar RM59
Lepas anda setuju dengan watak dan setiap ayat, halaman buku terus mula dilukis. Kami beritahu anda bila buku dah siap untuk dibaca.
Watak dilukis AI berpandukan foto anak anda. Rupanya akan ada iras, tapi tak sebiji 100% macam foto. Lagipun kalau terlalu ikut foto, lukisan jadi kaku dan hilang rasa buku cerita. Anda tengok watak dulu sebelum buku dilukis. Rasa kurang iras? Lukis semula, 2 kali percuma. Tulis je bahagian yang lain, contohnya bentuk muka atau senyuman.
Boleh. Selain anak anda, boleh tambah sampai 2 watak lagi dalam cerita yang sama. Contohnya adik Sofia dan Atuk, atau kawan baik Danish dan kucing Oyen. Tulis je nama dan siapa mereka. Lepas bayar, upload foto atau ceritakan rupa mereka. Tiada caj tambahan.
Tak wajib. Anda boleh pilih rupa rambut dan pakaian je. Kalau guna foto, kami padam lepas buku siap, dan foto tak dikongsi dengan sesiapa.
Boleh. Masa bayar, tambah cerita untuk adik-beradik, setiap satu dengan buku cetaknya sendiri. Cerita lebih tak ada tarikh luput, bina bila anak bersedia.
Ada, dan dah termasuk. RM59 dapat buku digital dan 1 softcover bercetak (+ RM8 pos, sekali je untuk satu bayaran). Nak lebih untuk atuk, nenek atau cikgu? Boleh tambah masa bayar. Buku cetak dipos lepas buku digital siap, sampai dalam 5–7 hari bekerja.
Kalau buku sampai rosak atau salah cetak, kami ganti baru. Buku dicetak sama macam versi digital yang anda dah baca, dan anda boleh semak ucapan di halaman pertama dulu sebelum kami cetak.
Anda semak cerita dan watak dulu sebelum halaman dilukis. Kalau ada yang tersasar, boleh buat semula, percuma: cerita 2 kali, watak 2 kali, gambar halaman 3 kali. Kalau masih tak menjadi, ada Jaminan 7 Hari untuk setiap buku.

Hari ini, satu cerita.
Esok, satu kenangan.
Mulakan dengan nama anak anda.
Kita bina pengembaraannya bersama.
RM59 · buku digital + 1 softcover bercetak (+ RM8 pos)








