TERMA & SYARAT

Terma & Syarat CeritaSaya

Kemas kini terakhir: 18 Oktober 2026

1. Tentang perkhidmatan

CeritaSaya dikendalikan oleh CeritaSaya Sdn. Bhd. (1234567-A). Kami hasilkan buku cerita bergambar digital dalam Bahasa Melayu, dengan anak anda sebagai watak utama.

Cerita dan gambar dihasilkan dengan bantuan AI, berdasarkan maklumat yang anda beri. AI boleh buat silap. Sebab tu anda tengok rupa watak dan baca setiap ayat cerita dulu, sebelum halaman buku dilukis.

Dengan membuat bayaran, anda setuju dengan terma ini. Anda perlu berumur 18 tahun ke atas, dan buat buku ni sebagai ibu bapa, penjaga atau orang dewasa yang dibenarkan oleh mereka.

2. Harga dan bayaran

  • Semua harga dalam Ringgit Malaysia (RM). Harga yang dipaparkan semasa bayaran ialah harga yang anda bayar.
  • Bayaran dibuat sekali sahaja melalui gerbang bayaran dalam talian. Tiada langganan dan tiada caj berulang.
  • Kami boleh ubah harga dari semasa ke semasa. Perubahan harga tak menjejaskan pembelian yang dah dibayar.
  • Resit setiap bayaran boleh dilihat dalam Akaun anda.

3. Buku digital dan buku lebih

  • Satu buku ialah satu cerita untuk seorang anak: kulit dan 13 halaman bergambar, disimpan dalam akaun anda.
  • Kalau anda beli lebih dari satu buku, buku yang belum digunakan kekal dalam akaun anda dan tiada tarikh luput.
  • Buku yang belum digunakan tak boleh ditukar kepada wang tunai atau dipindahkan ke akaun lain.
  • Selepas rupa watak mula dilukis, buku tersebut tak boleh ditukar kepada anak lain.

4. Semak dan buat semula

Kami usaha supaya buku anda kena dari kali pertama. Kalau ada yang tersasar, setiap buku termasuk peluang buat semula ini, percuma:

  • Lukis semula rupa watak: 2 kali.
  • Tulis semula cerita: 2 kali.
  • Lukis semula gambar halaman: 3 kali untuk satu buku.
  • Ubah ayat cerita sendiri: tiada had.

Peluang buat semula ialah sandaran untuk betulkan silap AI, bukan tanpa had. Kalau sesuatu percubaan gagal kerana masalah sistem, percubaan itu tak dikira.

Selepas anda sahkan cerita, teks yang digunakan untuk melukis tak boleh ditulis semula oleh AI lagi. Anda masih boleh ubah ayat sendiri selepas buku siap.

5. Jaminan 7 hari dan refund

Jaminan 7 Hari untuk buku digital sahaja. Setiap buku ada jaminannya sendiri. Kalau anda beli lebih dari satu buku, buku lain dalam pembelian yang sama tak menjejaskan jaminan buku tu.

  1. Bila jaminan berjalan. Jaminan bermula bila AI mula buat buku tu, dan tamat 7 hari selepas buku tu siap. Paling lama 30 hari dari mula, walaupun buku belum siap. Buku yang belum mula dibuat belum ada jaminan.
  2. Pesan buku cetak. Bila anda bayar untuk buku cetak sesuatu buku, jaminan untuk buku tu tamat. Jadi semak buku digital dulu sebelum pesan.
  3. Beritahu kami dulu. Ada masalah dengan buku? WhatsApp kami dalam tempoh jaminan. Kami cuba bantu dulu, contohnya dengan peluang buat semula yang masih ada. Refund hanya dibuat kalau masalah masih tak selesai selepas itu.
  4. Berapa yang di-refund. Paling banyak, bahagian buku tu daripada jumlah yang anda bayar, selepas potongan Kupon. Contohnya, kalau anda bayar RM135 untuk 3 buku, bahagian setiap buku ialah RM45.
  5. Cara refund. Refund dibayar balik ke kaedah bayaran asal, dan boleh ambil masa sampai 14 hari bekerja untuk masuk. Bila bahagian buku tu dah di-refund sepenuhnya, buku tu ditutup dan tak boleh dibaca atau dikongsi lagi.

6. Buku cetak

  • Buku cetak (softcover atau hardcover) dipesan sendiri oleh anda selepas buku digital siap, dan dicetak sama seperti versi digital yang anda dah baca. Semak buku digital dulu sebelum pesan.
  • Nak batalkan pesanan buku cetak? WhatsApp kami sebelum buku diserahkan untuk dicetak. Kami batalkan pesanan dan pulangkan semua yang anda bayar untuk pesanan tu, termasuk pos. Wang dipulangkan ke kaedah bayaran asal (atau melalui pindahan bank kalau tak dapat), dan boleh ambil masa sampai 14 hari bekerja untuk masuk. Jaminan 7 Hari buku tu tetap tamat walaupun pesanan dibatalkan.
  • Buku dicetak khas untuk setiap pesanan. Lepas buku diserahkan untuk dicetak, pesanan tak boleh dibatalkan lagi.
  • Kalau buku sampai dalam keadaan rosak atau salah cetak, beritahu kami dalam 7 hari selepas terima, bersama gambar. Kami akan ganti dengan buku baru tanpa caj.
  • Kami hantar ke seluruh Malaysia, biasanya sampai dalam 5–7 hari bekerja. Sesetengah pakej boleh dihantar ke Singapura juga. Kos pos ikut zon (Semenanjung, Sabah/Sarawak/Labuan atau Singapura), dan anda nampak kos pos serta anggaran tempoh sampai sebelum bayar.
  • Pastikan alamat yang anda beri betul. Nama penerima, telefon dan alamat boleh diubah sampai buku diserahkan untuk dicetak, tapi alamat baru kena dalam zon pos yang sama.

7. Privasi dan data peribadi

Bahagian ni ialah notis privasi kami di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Data anda dikendalikan oleh CeritaSaya Sdn. Bhd. (1234567-A). Read it in English.

Data yang kami kumpul

  • Tentang anda: nama, e-mel atau nombor WhatsApp, rekod bayaran dan pesanan. Untuk buku cetak, nama penerima, telefon dan alamat penghantaran. Butiran kad atau bank untuk bayaran anda masukkan terus di laman gerbang bayaran, dan kami tak nampak butiran tu.
  • Tentang anak dan keluarga: nama, umur, jantina dan rupa anak, nama dan peranan watak lain, cerita yang anda pilih atau tulis, dan foto kalau anda guna.
  • Untuk refund manual atau Rakan CeritaSaya: butiran akaun bank untuk pindahan. Untuk Rakan, juga nama atau akaun media sosial dan saluran anda.
  • Maklumat teknikal: alamat IP, maklumat pelayar dan cookie, untuk log masuk, simpan draf cerita, rekod pautan Rakan dan ukur iklan (bahagian 9).

Hampir semua data ni anda sendiri yang beri. Status bayaran datang daripada gerbang bayaran, dan maklumat teknikal daripada pelayar anda.

Untuk apa kami guna

  • Tulis cerita dan lukis buku anda dengan bantuan AI.
  • Uruskan akaun, log masuk, bayaran, resit dan refund.
  • Cetak dan hantar buku cetak.
  • Hantar kemas kini buku dan Peringatan melalui WhatsApp atau e-mel.
  • Bantu bila anda hubungi kami, semak masalah janaan, dan elak penyalahgunaan.
  • Ukur iklan kami (bahagian 9) dan kira komisen Rakan.

Kami tak jual data anda.

Mana yang wajib

E-mel atau nombor WhatsApp, nama anak dan maklumat cerita wajib untuk buat buku, dan alamat wajib untuk buku cetak. Tanpa data ni, kami tak dapat buat atau hantar buku anda. Foto, watak lain dan Peringatan tak wajib.

Foto

  • Foto tak wajib. Anda boleh pilih rupa watak tanpa foto.
  • Foto anak dan watak lain hanya digunakan untuk melukis rupa watak. Ia dihantar kepada penyedia AI yang melukis, dan tak pernah dihantar kepada platform iklan atau Rakan.
  • Foto dipadam bila buku siap, atau lepas 30 hari kalau buku tak disambung. Salinan dalam rekod teknikal janaan dipadam pada masa yang sama.
  • Foto sebenar yang anda pilih untuk kulit belakang buku cetak masuk dalam fail cetak. Ia dipadam bila buku sampai, atau paling lewat 30 hari lepas fail diserahkan kepada pencetak.
  • Pastikan anda berhak guna foto dan maklumat yang anda beri, termasuk foto ahli keluarga lain. Anda beri maklumat anak sebagai ibu bapa atau penjaganya.

Siapa yang terima data

Kami kongsi data hanya dengan syarikat yang bantu kami jalankan CeritaSaya, setakat yang mereka perlu:

  • Penyedia AI: nama anak, butiran cerita dan watak untuk tulis cerita, dan foto untuk lukis rupa watak. Gambar buku juga ditajamkan untuk dicetak (gambar lukisan sahaja, bukan foto).
  • Penyedia pelayan dan storan yang menjalankan laman, pangkalan data, fail dan kerja AI kami.
  • Penyedia log masuk, gerbang bayaran dan penyedia mesej (WhatsApp dan e-mel). Gerbang bayaran terima nama dan e-mel anda.
  • Pencetak dan kurier: nama penerima, telefon, alamat dan fail cetak.
  • Platform iklan, dan Pixel Rakan kalau anda datang melalui Rakan: lihat bahagian 9. Pelayar anda juga muat turun fon laman daripada penyedia fon.
  • Sesiapa yang anda beri pautan kongsi boleh baca buku tu, termasuk nama dan gambar anak.
  • Pihak berkuasa, kalau diwajibkan undang-undang.

Sebahagian syarikat ni simpan atau proses data di luar Malaysia, contohnya di Singapura, Australia dan Amerika Syarikat. Data dihantar ke sana hanya untuk tujuan di atas.

Berapa lama kami simpan

  • Akaun, buku dan cerita: selagi akaun anda ada, supaya buku kekal boleh dibaca dan dikongsi.
  • Foto: seperti di atas.
  • Draf cerita sebelum bayaran: dalam pelayar anda sahaja, paling lama 30 hari.
  • Rekod teknikal janaan (arahan dan hasil AI, termasuk nama dan cerita): paling lama 30 hari, untuk semak masalah.
  • Rekod pengukuran iklan dalam sistem kami: paling lama 90 hari.
  • Rekod bayaran dan pesanan: selama yang diwajibkan undang-undang, contohnya untuk cukai.

Hak dan pilihan anda

  • Minta salinan data anda, atau minta kami betulkan data yang salah. Nama boleh ditukar sendiri dalam Akaun.
  • Tutup Peringatan dalam Akaun, atau melalui pautan “Tutup di sini” dalam e-mel Peringatan.
  • Pilih rupa watak tanpa foto, atau tukar dan buang foto sebelum cerita mula ditulis.
  • Tarik balik persetujuan, atau minta kami padam akaun dan buku anda. Lepas dipadam, buku dan pautan kongsinya tak boleh dibuka lagi. Rekod yang diwajibkan undang-undang tetap kami simpan.
  • Hadkan iklan berdasarkan aktiviti anda (bahagian 9).

Untuk sebarang permintaan, soalan atau aduan tentang data peribadi, WhatsApp kami di 012-345 6789. Kami balas dalam 21 hari. Anda juga boleh buat aduan kepada Jabatan Perlindungan Data Peribadi.

Keselamatan

Foto dan fail disimpan dalam storan peribadi, dan pautan kepadanya tamat sendiri. Hanya pasukan kami yang perlu sahaja boleh lihat data anda, contohnya untuk bantu bila anda minta. Kalau berlaku kebocoran data yang boleh memudaratkan anda, kami akan maklumkan anda dan Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi.

8. Penggunaan buku

  • Buku anda untuk kegunaan peribadi dan keluarga. Anda boleh kongsi link buku dengan sesiapa yang anda pilih.
  • Buku tak boleh dijual semula atau digunakan untuk tujuan komersial tanpa kebenaran kami.
  • Kami boleh tolak permintaan cerita yang tak sesuai untuk kanak-kanak.

9. Iklan dan pengukuran

  • Kami guna Meta Pixel dan Conversions API (Facebook dan Instagram) untuk ukur iklan kami. Ia rekod halaman yang anda buka, bila anda daftar akaun, mula bayar dan beli, berserta nilai pembelian.
  • Untuk padankan rekod ni dengan akaun Meta anda, kami hantar e-mel dan nombor telefon anda dalam bentuk hash (disulitkan sehala), alamat IP, maklumat pelayar dan cookie Meta.
  • Kalau anda datang melalui pautan atau Kupon Rakan CeritaSaya, maklumat yang sama juga dihantar ke Meta Pixel milik Rakan tu, supaya mereka boleh ukur iklan mereka sendiri.
  • Nama, foto dan cerita anak tak pernah dihantar ke Meta atau kepada Rakan.
  • Anda boleh hadkan iklan berdasarkan aktiviti ni dalam tetapan iklan Facebook atau Instagram anda, atau sekat cookie pihak ketiga dalam pelayar.

10. Lain-lain

  • Kami boleh kemas kini terma ini. Terma yang terpakai ialah terma semasa anda membuat bayaran.
  • Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia.
  • Ada soalan? WhatsApp kami di 012-345 6789, Isnin–Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang.

11. Privacy notice (English)

This is our privacy notice under Malaysia’s Personal Data Protection Act 2010 (PDPA), the English version of section 7. Your data is handled by CeritaSaya Sdn. Bhd. (1234567-A).

What we collect

  • About you: your name, e-mail or WhatsApp number, and your payment and order records. For printed books, the recipient’s name, phone and delivery address. You enter card or bank details for payment on the payment gateway’s own page, and we never see them.
  • About your child and family: your child’s name, age, gender and look, the names and roles of other characters, the story you pick or write, and photos if you use them.
  • For manual refunds or Rakan CeritaSaya: bank account details for the transfer. For Rakan, also your name or social media account and your channels.
  • Technical details: IP address, browser details and cookies, to keep you signed in, save your story draft, record Rakan links and measure our ads.

Almost all of this comes from you. Payment status comes from the payment gateway, and technical details from your browser.

What we use it for

  • Writing and illustrating your book with the help of AI.
  • Your account, sign-in, payments, receipts and refunds.
  • Printing and delivering printed books.
  • Sending book updates and Peringatan (reminders) by WhatsApp or e-mail.
  • Helping you when you contact us, checking generation problems, and preventing abuse.
  • Measuring our ads and working out Rakan commission.

We don’t sell your data.

What is required

An e-mail or WhatsApp number, your child’s name and the story details are required to make a book, and an address is required for a printed book. Without them we can’t make or deliver your book. Photos, other characters and Peringatan are optional.

Photos

  • Photos are optional. You can choose your child’s look without one.
  • Photos of your child and other characters are only used to draw the characters. They are sent to the AI provider that draws them, and never to an ad platform or to a Rakan.
  • Photos are deleted when the book is finished, or after 30 days if the book is left unfinished. Copies in our technical generation records are deleted at the same time.
  • A real photo you choose for a printed book’s back cover goes into the print file. It is deleted when the book arrives, or at the latest 30 days after the file is handed to the printer.
  • Make sure you have the right to use the photos and details you give, including photos of other family members. You give your child’s details as their parent or guardian.

Who receives it

We share data only with the companies that help us run CeritaSaya, and only what they need:

  • AI providers: your child’s name and the story and character details to write the story, and photos to draw the characters. The book’s pictures are also sharpened for print (the drawings only, never photos).
  • Hosting and storage providers that run our website, database, files and AI jobs.
  • Sign-in, payment gateway and messaging providers (WhatsApp and e-mail). The payment gateway receives your name and e-mail.
  • The printer and courier: the recipient’s name, phone, address and the print files.
  • Meta, for ad measurement: the pages you open and when you sign up, start paying and buy, with the amount, plus your e-mail and phone number hashed (one-way encrypted), IP address, browser details and Meta cookie. If you came through a Rakan CeritaSaya link or Kupon, the same goes to that Rakan’s own Meta Pixel. Your child’s name, photos and story are never sent to Meta or to a Rakan. Your browser also loads the site’s fonts from a font provider.
  • Anyone you give a share link to can read that book, including your child’s name and pictures.
  • Authorities, when the law requires it.

Some of these companies store or process data outside Malaysia, for example in Singapore, Australia and the United States. It is sent there only for the purposes above.

How long we keep it

  • Your account, books and stories: for as long as you have an account, so your books stay readable and shareable.
  • Photos: as described above.
  • A story draft before payment: in your browser only, for at most 30 days.
  • Technical generation records (AI instructions and results, including names and stories): at most 30 days, to check problems.
  • Ad measurement records in our systems: at most 90 days.
  • Payment and order records: as long as the law requires, for example for tax.

Your rights and choices

  • Ask for a copy of your data, or ask us to correct anything wrong. You can change your name yourself in Akaun.
  • Turn off Peringatan in Akaun, or with the “Tutup di sini” link in a Peringatan e-mail.
  • Choose a look without a photo, or change and remove photos before the story is written.
  • Withdraw your consent, or ask us to delete your account and books. Once deleted, the books and their share links no longer open. Records the law requires us to keep stay.
  • Limit ads based on this activity in your Facebook or Instagram ad settings, or block third-party cookies in your browser.

For any request, question or complaint about your personal data, WhatsApp us at 012-345 6789. We reply within 21 days. You can also complain to the Personal Data Protection Department (Jabatan Perlindungan Data Peribadi).

Security

Photos and files are kept in private storage, and links to them expire on their own. Only the people on our team who need to can see your data, for example to help when you ask. If a data breach could harm you, we will tell you and the Personal Data Protection Commissioner.